Anggerik's FotoPage

By: Anggerik Jingga

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Wednesday, 24-Oct-2007 02:45 Email | Share | | Bookmark


HOMEADE ICE CREAM

Bagi pengemar ice cream bolehlah mencuba resepi saya ini (atas ehsan seorang sahabat)

Bahan-bahannya:-

2 1/2 cawan Coffemate
2 cawan Susu Segar (or susu tepung + air)
1/2 cawan Gula Castor (kurangkan jadikan 1/4 cawan , kalau pakai krim jagunglah)
1/2 tin Krim Jagung

Caranya:-

1. Masukkan semua bhn coffemate + susu+ gula dan pukul sampai berbuih. Kalau tak de mixer boleh pakai blender je...

2. Masukkan Krim Jagung yg dah dihancurkan & kacau rata.

3. Masukkan kedalam bekas dan bekukan dlm freezer.

4. Dah separuh beku, keluarkan & pukul lagi sehingga adunan menjadi halus dan gebu.

5. Akhir sekali masukkan kembali kedalam freezer dan bekukan. Kemudian bolehlah ice tadi dimakan.

* Nanti jadi sebijik cam kat kedai, kalau nak perasa vanilla letak la vanilla pes ker, nak coklat letak coklat atau pakai susu coklat pun boleh.... bagi yg suka makan oreo pun boleh diletakkan orea dan bla....bla...bla mengikut citarasa masing2


Semoga kita dapat sama2 menafaatkan blog ini dan dapat mengurangkan perbelanjaan dapur apa lagi time skang nie ice cream pun dah naik harga.....


Wednesday, 24-Oct-2007 02:09 Email | Share | | Bookmark
Nasi Lemak @ AJ

Kalau teringin nak makan nasi lomak leh cubo resepi aj nie very simple....

NASI LEMAK ALA AJ

Bahan2:

BERAS - 3 POT (tin susu yg besar)
SANTAN pekat - 1 mangkuk
AIR
HALIA - 1CM di ketuk boleh dimayang pun boleh
GARAM - ikut sesedap rasalah

Cara:
Basuh beras kemudian masukkan kedalam rice cooker, campurkan santan yg telah dibancuh dgn garam + halia. Masakkan sehingga

Sambal Ikan Bilis Sempoi lagi sedap .....

1 mangkuk IKAN BILIS - yang dah kopek
CILI KERING - yang dah direbus, tapis biji jgn ambik
1 BIJI BAWANG BESAR - blend
1 BIJI BAWANG BESAR - dihiris
0.5 INCI BELACAN - blend
air - 2 cawan untuk blender bhn di atas
minyak
GARAM - 1/2 sudu besar
GULA - 3 sudu besar
2 KPG ASAM GELUGOR / keping
* petua nak dapatkan sambal yg sedap jangan guna bawang putih bg mengelakkan sambal rasa maung

Cara:

Blendkan 1 biji bawang besar, cili kering, belacan + minyak sedikit supaya biji cili tu hancur. Blender sehingga semua bahan tadi hancur dan sebati. kemudian tuangkan kedalam kuali + ikan bilis + minyak dalam 1/2 mangkuk. Panaskan kuali dgn api yg sederhana besar, masakkan sambal tadi sehgga mengelegak dan terbit bau, kemudian baru masukkan garam + gula + asam keping, tunggu sehingga sambal betul2 masak kemudian bolehlah di hidangkan bersama dengan nasi lemak dan bhn2 yg lain

* Sambal nie tk perlu tumis, campakkan semua bahan kedalam kuali, masakkan sehingga cili tadi betul2 masak kemudian baru dimasukkan bahan2 yg lain. selain dari menjimatkan masa, sambal nie yg paling laris sekali habis sbb rasanya lain dari yg lain....cubalah...sedap tau... mmg sesuai untuk makan bersama dengan pulut ...tuk cicah dgn lemping atau cekodok pun sedap tau.....


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net